Monday, 10 February 2014

LITAR ANTARABANGSA SEPANG

  • Litar Antarabangsa Sepang
 1 / 2 
SEPANG International Circuit (SIC) merupakan antara litar terbaik di dunia. Kompleks seluas 2300 ekar ini turut beberapa kemudahan lengkap untuk tujuan penganjuran sukan pemotoran dan beberapa jenis sukan lain di sekitarnya.

Selepas ia siap dibina pada tahun 1998, ia mencatatkan sejarah dengan menganjurkan acara Grand Prix pertama pada tahun 1999.

Dalam kejohanan MotoGP, ketiga-tiga kategori akan membuat 20 lap yang akan menjadikan jarak keseluruhan 111 kilometer. Selain terlibat dalam penganjuran Malaysian Motorcycle Grand Prix, SIC turut menjayakan siri perlumbaan Formula One Malaysian Grand Prix, A1 Grand Prix dan beberapa kejohanan peringkat antarabangsa.

Litar tersebut telah direka oleh arkitek berbangsa Jerman, Hermann Tilke yang turut bertanggungjawab mereka fasiliti perlumbaan di Shanghai, Bahrain, Turki, Valencia, Singapura, Abu Dhabi, Korea, India dan Austin, TX.

SIC telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 7 Mac 1999. Selepas melancarkan litar bertaraf dunia itu, beliau turut hadir menyaksikan saingan perlumbaan MotoGP pertama pada April dalam tahun yang sama.

Insiden

Pada 23 Oktober 2011, dalam persaingan MotoGP Shell Advance Malaysian Grand Prix, pelumba dari Itali Marco Simoncelli telah terlibat dalam kemalangan di selekoh 11 semasa lap kedua. Kejadian tersebut telah menyebabkan Simoncelli meninggal dunia.

Selepas tugu peringatan Marco Simoncelli diabadikan, SIC dikejutkan lagi dengan peristiwa Muhammad Izzat Abdul Hakim merempuh marsyal pada saingan Malaysian Super Series baru-baru ini.
Dalam insiden berkenaan, Izzat dikatakan telah hilang kawalan motosikal Kawasaki Ninja 250 yang ditunggang beliau dan merempuh marsyal perlumbaan, Satish Suppiah, yang turut meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Ekoran daripada insiden berkenaan, saingan Malaysian Super Seriespusingan ketiga telah dibatalkan serta merta.

Selepas empat hari dimasukkan ke hospital, Izzat akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 25 September tanpa sedar daripada koma.

Sukan pemotoran negara telah kehilangan satu bakat yang baru selepas kejadian berkenaan, namun nama Izzat cukup dihormati kerana komitmen, dedikasi serta tahap disiplin yang ditunjukkan terhadap sukan lumba motosikal.


Fakta umum Litar Antarabangsa Sepang
Panjang: 5.548 kilometer
Lebar: 25 meter
Selekoh kiri: 5
Selekoh kanan: 10
Jalan lurus terpanjang: 920 meter
Siap dibina: 1998
Rekod MotoGP:
Lap terpantas: Dani Pedrosa, Honda Repsol (2:00.100) - 2013
Kelajuan tertinggi: Max Biaggi, Honda (317.7 km/j) - 2004

Sepang kekal penganjur MotoGP hingga 2016

Dorna Sports telah mengumumkan Sepang International Circuits (SIC) kekal sebagai antara penganjur kejuaraan dunia MotoGP untuk tempoh tiga tahun lagi.  Ini bermakna Malaysia masih menjadi tuan rumah kepada acara perlumbaan peringkat dunia sehingga tahun 2016.

Litar Antarabangsa Sepang adalah antara litar yang paling popular di kalangan pelumba dan pasukan perlumbaan sejak terbabit dalam penganjuran sukan pemotoran itu pada tahun 1999.

Penambahan jumlah pengunjung saban tahun menjadikan ia sebagai alasan kukuh SIC masih dapat mengekalkan tempat penganjuran. Rekod pengunjung Malaysian MotoGP seramai 125,000 sepanjang tiga hari penganjuran acara perlumbaan itu pada tahun lalu telah menjadikan SIC dipilih sebagai ‘The Best Grand Prix of the Year’.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta berkata, “Persetujuan lanjutan untuk tiga tahun lagi merupakan satu berita yang sangat baik kepada semua yang terbabit dalam acara MotoGP. SIC merupakan satu fasiliti pilihan dan sangat bernilai dalam kalendar kejohanan”.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato’ Razlan Razali gembira dengan berita baik tersebut selepas bekerja keras dalam menjayakan setiap acara yang berlangsung di SIC.

“Pengumuman tempoh lanjutan tersebut menbuktikan kami berada dalam landasan yang betul”, ujar Razlan.

Pelanjutan tempoh penganjuran MotoGP telah mengiktiraf nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, SIC telah diberi kepercayaan dalam menganjurkan acara mencungkil bakat baru, Shell Advance Asian Talent Cup sejurus selepas tamatnya kejohanan MotoGP.


Jentera no.63 merupakan perlumba negara yg mewakili dalam perlumbaan MotoGP kategori 125cc (moto3).


Salah seorang pelumba motoGP terbaik di dunia yang berasal dari negara Italy.Beliau telah memegang beberapa kali kejuaran dunia motoGP.

No comments:

Post a Comment